Thursday, March 10, 2011

Coretan 2

Sudah lama aku tidak menulis di sini. Bahkan aku terasa pula nak berhenti. Bagaimanapun aku kuatkan juga hati ku untuk terus menulis. Sebenarnya aku memang suka menulis meskipun tatacara penulisan tidak betul.

Wednesday, February 16, 2011

Coretan 1

             Aku hanya seorang pemuda kampong telah berhijrah ke bandar. Penghijrahan itu disebabkan aku mendapat pekerjaan di salah sebuah jabatan kerajaan. Aku sangat gembira dan teruja. Semasa di kampong  serba-serbinya berkurangan, kehidupan agak susah dan membosankan. Pekerjaan aku hanya menoreh getah, cukuplah untuk beli seluar dan sehelai T shirt bola. Untuk berbelanja lebih jauh sekali. 

            Sebagai penjawat awam aku melakukan routine seperti biasa. Walaupun waktu itu trafik tidak seteruk sekarang, aku masih bangun 5 pagi untuk sampai ke pejabat pukul 8 pagi. Aku menumpang rumah saudara sebelum berpindah ke tempat lain. Kakak saudara tu memang baik, sebelum pergi kerja dia sediakan breakfast untuk aku. Kalau tak makan, dia akan marah pada aku. Aku pernah beritahu dia, aku boleh makan di kantin pejabat. Dia membalas, itu kat kantin tapi kat rumah kakak kena makan juga. rezeki jangan ditolak, ujarnya.

            Selepas 3 bulan tinggal di rumah kakak saudara, aku berpindah ke tempat yang lebih hampir dengan tempat kerja. Kalau tinggal disini, jarak ke tempat kerja memang dekat sekali. Tidak sampai 2 kilometer ke tempat kerja. Segala-segalanya mudah. Nak pergi ke bandar pun dekat, nak ke tempat kerja pun dekat. Maknanya aku duduk di tengah-tengah. Nak tahu berapa aku bayar untuk tambang menaiki bas ke bandar mahu pun ke pejabat ketika itu? tentu anda ingin tahu. Aku hanya membayar 5 sen sahaja. Kelakarkan. Sekarang tidak sama. Itu belum cerita pasal harga roti canai, teh tarik dan nasi lemak, memang murah gila. Itu cerita dulu.